Posts

Awak bila lagi?

Usai selesai majlis pertunangan kakak, aku beralih di dapur untuk mengisi perut sedikit. Sedang menjamu selera, abah masuk ke dapur. "Alhamdulillah selesai dah semuanya. Awak bila lagi? Buatlah sekali senang abah nanti. Jimat pun jimat" Aku tak tahu kenapa perasaan aku bercampur baur. Yang pastinya hati aku bagai pecah menjadi cebisan cebisan. Entah. Aku tak suka. Jodoh bukan aku tolak. Allah tak izin lagi. Jika tak berjodoh sehingga akhir hayat aku redha. Tolong jangan paksa aku. Jangan tanya aku. Aku sedih. Aku terluka.

Harapan sampah

Jika kelmarin kau sajikan aku dengan berbondong bondong harapan Kenapa hari ini kau berpura persis suci Mana dia harapan yang kononnya indah itu? Ya yang bodoh tentulah aku Bodoh percaya kata sampah Berkali terkena tetap percaya Ia, kerana aku bodoh Jika semalam itu tidak benar, kata padaku, "Maaf, aku khilaf" Tapi harapan yang ditabur, hingga menjentik hati dibiar sepi seolah tidak pernah diungkap. Aku sedih Aku terguris hendak meraung tiada siapa peduli Hati aku ini tidak berharga mungkin Dibiar merasa, kemudian ditarik nikmat. Sungguh harapan itu sampah. Aku bodoh kerana percaya.